Pages - Menu

Friday 1 February 2013

PERTANDINGAN PELAMIN SEMPENA REGATTA LEPA

Regatta lepa pada tahun 2012 membuat kelainan iaitu dengan mengadakan pertandingan Pelamin tercantik.. peserta terdiri daripada 'otai-otai ' andaman disekitar Semporna..

Angel bridal turut mengambil penyertaan dalam pertandingan tersebut.. terdapat banyak pelamin yang dipertandingkan pada waktu itu dan semuanya beraksi mempamerkan ' singgahsana ' yang mereka hasilkan.. begitu juga dengan Angel bridal yang merupakan antara nama-nama besar di sekitar Semporna.. dengan bertemakan pelamin moden, angel bridal memperagakan pelamin berwarna merah putih.

'Pengantin control macho dan malu-malu..bersama pengapit yang kiut miut berjemur di padang'

Persediaan yang rapi telah dibuat oleh crews angel bridal semasa pertandingan itu berjalan..dan sudah semestinya orang yang paling sibuk ialah big boss En,safri. masa yang ada digunakan dengan baik.. crew-crew juga turut memberikan sumbangan dan komitmen yang baik pada pertandingan tersebut.

Pelamin angel bridal adalah pelamin yang menjadi tumpuan ramai pengunjung pada hari tersebut sehingga ramai yang mengambil gambar di atas mahupun di sekeliling pelamin termasuklah pacik-pacik dan macik-macik yang sudah beranak 5 mungkin  (^^,)

foriegner pun turut tertarik juga.. (^^,)




pertandingan tersebut dirasmikan oleh Datuk Hj. shafie bin Hj Apdal adun Semporna dan dengan berkat kesungguhan,sokongan keluarga,doa serta izin Allah, akhirnya team Angel bridal mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut..Alhamdulillah..



wajah-wajah gembira dan keletihan..well done guys


Dengan kemenangan ini, angel bridal semakin mendapat nama dikalangan penduduk setempat dan di luar daerah juga. semoga dengan sokongan anda semua, Angel bridal akan terus melangkah semakin maju kehadapan..




No comments:

Post a Comment